Wednesday, December 31, 2008

just change it!

malas nk tulis pasal hows the celebration.
biasa lah, bunga api bla bla bla. saja nk cakap pasal attitude.
aku pon sama ja. (nk nasihat org konon blah lah)
tp just post ja.
mana tau this year aku akan jd better person kan :P

"next time park yr nicely fucker!"

mesti keta neh rasa otai dan cool gila kan
kalo aku d owner dia mesti dlm ati aku
"perghhh keta mahal aku mmpu mmbuat kat the curve sesak gila babi"
hahhahaha
itu lah gunannya keta mahal
nk langgar takut xmampu nk bayar
so elak ja ya

sampah isu yg biasa
aku pon sumbang 5 botol spray tuh
aku rasa jumlah tong sampah perlu di perhebatkan lagi lah hahah
tgk smpah kat tepi2 tuh
so aku rasa aku perlu insaf lah
haahha
apa2 pon
seri jeany and shawn,
sorry aku sembor korang
sapa suruh lalu depan tmpat aku main sembur2

so PERUBAHAN YG KITA MAHU
"versi obama melayu"


Tuesday, December 23, 2008

aku jadi pelakon. BETOL!

aku seperti biasa. aku malam2 akan ronda 1 aloq staq. walaupon dh bosan.
td seperti biasa, aku ronda2 lah jalan kanchut (motif nk tgk rempit)
and time aku lalu dekat masjid zahir, aku tgk RAMAI gila org.
jalan SESAK gila.
ceh rupa2 nya ada shooting filem lah.
and filem tersebut ialah, REMPIT V3. JELAPANG MARI.
arahan farid kamil kot (no wonder lah kenapa buat kat kedah)
pelakon yg aku kenal, AZZA AF tuh ja (tuh pon kalo korang kenal)

antara ahli2 geng jakun!

org toksah kata lah, ramai gila (yg bawa family lah, anak kecil lah mcm2)
mcm pesta dh aku tgk! (besa lah bukan slalu filem shoot kat kedah neh kan)
ramai gila org jalan smpai jemm!
aku pon alang2 bosan, apa lagi join sekali ah dengan MENDAFTAR KAN DIRI SEBAGAI SALAH SEORG GENG JAKUN DAN PEGHAK!
aku join gak ah tgk,
mana tau nanti muka kuaq filem kan, hahahah
plus mana tau yasmin ahmad tgh cari new talent ke.
haha
berangan ja!

hampir sejam menunggu, shooting bermula!
CEH!!!!!!!
ingat kan ada aksi race ka apa!
tgk2 aksi bersembang2 atas motor ja!
babi ja aku rasa! haish!

azza af and sapa tah! ingat kan race. bercinta ja. standard cerita melayu lah!

apa2pon tahniah to farid kamil sbb buat cerita neh and plg penting buat kat kedah.
ya lah. anak jati kedah. mesti lah promote kedah yaaa!

Monday, December 22, 2008

dilema seorg perantau.. adakah aku MURTAD negeri sendiri?


dilema neh aku rasa ramai yg rasai,
especially budak2 yg dr utara or timur yg belajar dekat tmpat org
sbgai contoh, kedah penang, kelantan, terengganu.
dan sebaliknya

dilema yg aku maksud kan ialah, PENGUNAAN BAHASA, LOGHAT dan sebagainya
well, undeniable, aku lebeh prefer guna loghat kedah then cakap KL "ko ape and so whatever"
tp tah la,
kejadian semalam buat aku terpikir,

aku tgh lepak dgn mmber aku sorang neh, (member kedah)
then cakap2 aku TERLEPAS cakap "APSAL" it should be "AWAT"
well, its not a big thing at all pon aku rasa,
tapi lepas ja aku cakap bnda tuh, diorg asyik BAHAN yakni MENGANJING aku
ahhhhhhhh

then, aku start teringat,
cik midiyana penah tegur aku, waktu part 1 kelas bbm
dia cakap aku kena buang sikit loghat KEDAH aku kalo x payah nk survive.
betol ka?
aku rasa betul gak, sbb sometimes, bila aku cakap KEDAH ngan budak2 KL
diorg agak kurang paham.

so aku nk tnya korang,
adakah salah kita menjadi murtad (murtad dlm term negeri not agama ok) sebentar dgn mengubah penggunaan bahasa kita or hentam ja cakap kedah (or apa2)

plus ada yg kata, org kedah cakap KL, neh culture shock lah, poyo lah. betoi kaaa??
abaq mai skettt

FYI : aku dekat melaka, if org aku xkenal, aku cakap KL lah (sapa yg pandai2 bg slank neh dgn nama KL??)

and if org tuh aku kenal, aku cakap ja kedah. lantak lah ang paham ka x.

Saturday, December 20, 2008

adakah aku skema? ahhh. pasrah

adakah anda rasa anda cukup BAGUS
sampai nak kata org skema?

aku nk tnya korang. mcm mana atau apakah kriteria yg korang rasa melayakkan seseorg itu utk di gelar skema?

adakah ciri-ciri di bawah :
1- rambut sikat tepi.
2-pakai spek mata
3-pakai kemeja butang smpai atas.
4-kurus keding gigi kuning
5-selalu duduk umah.

dan byk lagi

kalo ini adalah aku. mesti xda org nak kawan kan

ok. sekarang aku nk check diri aku neh samada skema ke x.

aku kawan dgn perokok since aku 11 or 12 tahun. (apit yom org pertama dlm kalangan geng2 aku. that time rokok dlm 25sen ja sebtg)
tp yg pelik nya aku smpai skrg xisap rokok.
adakah aku layak mendapat title skema sbb aku xsmoke?

aku start naik moto(pegi pusing2 satu kedah), balik lewat umah (dlm pkul 2 *kira lmbat ah tuh bg remaja umur 15) time aku form 3.
sedangkan kawan2 aku yg sebaya, masih kena main depan umah, pkul 12 kena masuk umah dh. aku pulak sedang best lepak tepi2 jalan, lepak kedai makan, xingat nk balik.
aku ingat g, kawan2 aku that time, org yg dh abes spm. yg melepak x ingat dunia.
masa tuh b4 PMR, mak aku yakin gila aku punya result akan hancoq leboq
tp PMR still aku dpt result yg gempak.
adakah aku layak di gelar skema?

ini agak memalukan. tp ku gagahi juga *acewaahhh ayat*
kawan aku byk yg hilang teruna nya, time form 4 or form 5
and ada yg dh kawen masa umur 20 akibat terkantoi yakni ditgkap basah (sekrg bahagia ngan bini dan anak nya yg amat comel)
time tuh, mencari belen (cikaro aaa ayat kl?) adalah kegilaan ramai. simpang kuala dan taman nuri destinasi pilihan bijak utk mencari.
tp aku still xpandai nk adjust belen walaupon aku kawan dgn org2 mcm tuh
adakah aku skema sbb aku xpandai adjust belen?

dekat sekolah aku xda lah best sgt. tp org still leh kenal aku.
aku pegi dan balik skolah mcm biasa. xda study group ke apa2.
adakah aku skema sebab dekat skolah aku sgt2 average punya student?

aku seorg yg pyh nk ponteng sekolah
bila aku xnak pegi sekolah, aku cakap trus dekat emak aku, yg aku xnak pegi sekolah.
sbb aku xnak ponteng or panjat pagar sekolah, aku takut tertgkap or aku excident ke time ponteng tuh, kan bodoh nama nya
aku akan cakap direct dekat emak aku.
adakah aku skema sebab kena cakap kat emak dulu sebelom xnak pegi sekolah weyy?

aku xsuka merempit. tp aku suka tgk aksi rempit, dan kawan2 ku perempit tegar.
port standard aku akan tgk aksi2 ini, di jalan kuala kedah dan jalan kancut.
aku lebeh suka naik skuter pada malam jumaat, sbb polis xakan tahan.
ingat aku bawa slow ke hah? jum ah race! tp ikot tmpat. if selamat apa salah nya laju sikit kan.
plus aku xsuka org buat motor laju2, keta hebat2. bagi aku, keta dan moto tuh dah cukup hebat di-design oleh designer nya. so xpayah tambah2.
adakah aku skema sebab sopan santun di jalan raya?

aku ingat g. waktu mula2 nak Up, budaya hip hop cukup pemes. kemudian dtg lah punk, blackmetal dan segala bagai.
tp tah lah. aku xpenah teringin masuk pertubuhan2 amal tersebut.
aku lebeh biasa pakai jeans, pakai t-shirt, dah setel.
adakah aku skema sbb xjd hopper? hahaha

so apa penilaian anda?
aku xkisah.
sbb aku dh pon menilai anda.
:p

thx to ayien. sbb bg idea utk aku buat entry kali neh. hahaha
(tiada kena mengena ngan anda ok)

Thursday, December 18, 2008

sang harimau pon berkata-kata

segmen mari berfikir bersama abg TOM.

actually neh aku jumpa kat satu website.
aku kdg2 pon ada terpikir benda yg sama. seperti yg no 3
anda ada jawapannya?
  1. Kenapa Tarzan tidak mempunyai jambang?
  2. Kenapa juruterbang Kamikaze memakai topi keledar?
  3. Kita tahu kelajuan cahaya, apakah kelajuan kegelapan?
  4. Kenapa ada istilah ‘tidur seperti bayi’ sedangkan bayi akan terjaga setiap 2 jam?
  5. Kenapa pembakar roti di’rumah kita mempunyai setting untuk suhu yang tinggi sehingga mampu menghanguskan roti?
  6. Kenapa lampu peti ais hanya ada dalam ruang sejuk, bukan ruang sejuk beku?
  7. Kenapa irama lagu A,B,C,D,E,F,G… dan Twinkle, Twinkle Little Star sama?
  8. Kenapa kita sering menekan butang lif lebih dari sekali?
  9. Kenapa kita tekan butang remote lebih kuat walaupun kita tahu bateri hampir habis?
  10. Kenapa anda mula berfikir untuk 9 soalan di’atas yang tidak sesekali membawa apa-apa perubahan?

Wednesday, December 17, 2008

jom relaks di TV ROSAK : si takie dan kawan2 badut nya.

KISAH PERTAMA *kisah ku di zaman jahiliyah*
demm
hari neh hari penuh keceriaan bagi ku *hahahahahah babi gila ayat*
hati ku berbunga2 cinta sekali. tak penah ku rasa gembira begini.

hari ku bermula dgn lawak yg kuyah cipta.
kuyah meng-upload gambar2 time dia sekolah rendah!
buruk gila weh! tapi tahniah atas kesungguhan dan keberanian kuyah. haha
aku dpt bayangkan, rakan -rakan ku semua. mesti tergelak besar mengenang gambar time muda2 dulu kan

tgk sbgai contoh. gambar neh. buruk gila muka masing2. hahahha
time form 5 neh. mcm hapa g aku tgk. nak kata black metal x black metal . tgk mata tuh. MATA MAHAI!!!!

aku rasa pon anda semua pon macam tuh kan?? hahhaha
aku xnak upload gmbar time aku skolah rendah. malu gila. time skolah menengah dh ah! hahahaha
malu wey
tapi kudos to faiz juga, kerana begitu yakin meng-upload gambar muda remaja beliau dekat myspace. hahahaha

kesimpulannya yg aku dpt buat : gambar kita time MUDA REMAJA adalah nightmare di waktu tua. tp memori indah kan.

aku time kecik. neh kira comel lah. demm abg aku lagi comel. aku yg atas riba tuh

KISAH KEDUA *rindu bayangan*
tadi aku ym ngan seseorg
wow! tetiba jd best. aku tgh senyum sorang2 neh.
dia ada baca last posting blog aku.
pastuh dia perli2 aku. hahah babi kan *tp cara perli-an tuh buat aku gelak sorang2
byk yg kami bual. antara nya nanti nama anak nak letak apa *yg sweet ja lah*
aku cakap ah, aku xkisah. janji nama anak aku ada tiga perkataan
CONTOH : mohamad amar safwan (padan muka cikgu nak tulis panjang2 hahahahah)
pastuh aku tnya dia, nak letak nama apa
dia cakap :
kalo pompuan nak letak nama khadijah. mcm comel ja dia cakap
hahaha *eija ada org cakap nama ang comel* hahaha

kalo korang nak letak nama apa???

You light up my life
You give me hope to carry on
You light up my days
And fill my nights with song
It can't be wrong, when it feels so right


KISAH KETIGA *maknusia lawak hangak*
ari neh sepatutnya result exam keluar.
aku smlm tido pkol 6 so bangun pon dlm pkul 1 (aku bngun sbb nak smbahyang ok) :p
1st skali aku bngun, aku trus buka facebook and myspace. makkk aiiii semua status pasal exam ja.
ada yg
"killing time" "dup dap" "meter cuak di aktifkan" dan byk lagi
tunggu punya tunggu
aram xkuaq
dgr kata sbb xkuar : VC kita xdtg meeting senat td sbb dia ada urusan. so postpone ke ari ini (18)

ramai gila yg bengang
penuh org maki2 dekat status
ada yg kata
"nak bakar uitm lah. sapa nk join?"
"ada yg kata lupa uitm neh melayu, so paham2 lah janji melayu'
hahaha
abes tuh ang bukan melayu yg dok kutuk2 uitm? BODO PIANG!

weh aksi2 ampa semua lawak gila. hahaha
sabaq2
aku pon takut gak.
cool ja. hahah

so aku arap semua bersabar dan doakan yg terbaik

Tuesday, December 16, 2008

kau pehal?

dulu fun ja
skrg mcm tahi
"malas lah layan. busy keja keja keja"
so i bagi u some space
tp tgk
mcm taik.

what else do u expect me to do?
aku dh rendahkan ego lelaki aku
tp tah lah.

come on.
jgn smpai bila aku dh penat.

myb u akan baca my blog secretly.
lantak lah.

dah blah.

p/s: aku marah bengang pasrah betul. tp cara penulisan aku still cool.

Monday, December 15, 2008

help me. help meee

bila ah uitm dftar balik?
aku dh bengang neh
ada kata 26 28 30 lah. bantuan

sorry terpaksa pakai blog lak

Friday, December 12, 2008

ramalan tok dukun benar belaka

dr 5 yg aku target, empat dapat masuk. ok ah tuh. haha (ada ah sket nada riak aku)
1-stacy
2-elyana
3-sofaz
4-meet uncle hussein
5-estranged

mari kita ungkap apa kekuatan geng2 ini. mari kita terjah!!!!

elyana.
time semi final - fun gila dia buat. aku rasa neh 1st time aku tgk artis duduk terjebuk tgh2 pentas tuh. hahah.
kekuatan lagu neh aku rasa, muzik dia ala2 retro kot. plus dgn gaya gedik nya. mungkin judges akan tergoda. hahaha
kenapa elyana punya muka mcm lain sket. suntik yaaa (gaya columnist ruangan gossip) haha

sofaz
sapa sangka (aku xsangka), last minute masuk ganti ella n sya(ku merindu) terus dpt masuk juara lagu. haha
mungkin neh di namakan rezeki. agaga *islamik nya aku*
kekuatan lagu neh ialah, myb lagu neh mcm lagu janji ku, yg jenis sing along punya lagu. myb la kot.

estranged
antara lagu yg terbaik aku rasa. aku bajet lagu neh dpt sbb, ya lah, last year masuk final. juara lak tuh, xkan xmasuk final this year lak
kekuatan lagu neh, muzik dia yg aku rasa agak fresh aaaa (mcm air oren freshnya haha)
rich, cepat2 lah buat rawatan rambut. dh hampir nk botak den nengok kamu neh.

meet uncle hussein
perfomance yg aku rasa antara yg best lah malam tuh.
kekuatan - pada muzik yg segar dan vokal vokalist nya. lagu neh mmg layak masuk. tp aku dok rasa lah kan, antara sbb lain lagu neh masuk, ya lah. lagu indie kan. satu genre yg baru kat malaysia (aku maksud kan juara lagu itu sendiri). so nk habaq kata kita neh variasi lah. plus mungkin leh tarik minat adik2 skolah yg dok buat suka tgk gig terok2 tuh utk menontot juara lagu nanti.
plus bdk2 masscomm yg terlibat time fescomm dlu, jgn lupa vote ya nanti. hahaha

stacy
power ah stacy punya perfomance. mmg layak dpt. tp aku rasa dia punya chance nk menang tuh xda lah tinggi sgt. setinggi bukit antarabangsa ja.
kekuatan - vokal stacy dan gerak tari dia
rambut stacy segakkkkkk nooooooo

apa2pon, juara lagu its all about lagu itself. bukan sbb penyayi. (aku ingat farid ridzuan penah kata gara2 kontroversi dlu) so kita tnggu!

ramalan tok dukun utk final
1-estranged
2-elyana
3-meet uncle hussein
4-stacy
5-sofaz


kepada yg lain

pasukan badminton negara sudah ada pelapis?

skuad muda kedah berjaya mencipta kejutan

sungguh xdisangka sama sekali. cempedak menjadi nangka. matnoq menjadi ungka. badak menjadi air cap badak.

skuad kurang terkenal kecuali star nya takie humphery (aku ah tuh) melakar kejutan dgn menumbangkan *guna teknik sembelih lembu korban* beberapa nama besar dlm sukan badminton.

antara yang menjadi mangsa kerakusan anak2 muda ini ialah :
taufik hidayat yg tewas 1-21, 2-21 kepada pokyu aukk aukk *bunyi anjing*
lee chong wei yg begitu mudah di kalah kan syazwan thirumugam 3-21, 11-21
lin dan yg begitu mudah di buli2 bagai budak2 xreti main badminton oleh takie humphrey 1-21 dan 1-21.
pokyu aukk aukk dan syazwan thirumugan sedang fokus.

lain-lain keputusan
beregu utama denmark jens erikson (tiada kena mngena dengan sony ericsson) dan martin lundgaard hansen begitu mudah ditewas kan mcm xtau main lgsg oleh amet the bongo dan pasangan nya shamil si kecik dgn kiraan 3-21, 7-21

menurut pengurus pasukan,
beliau terkejut dgn kejayaan skuad kendalian nya ini. ini kerana, pencapaian terbaik skuadnya, hanya lah setakat no ke 16 terbuka sekolah tamil barathy (peringakat sekolah rendah pulak tuh).
dan kejayaan menjuarai terbuka dunia adalah di luar dugaan sama sekali. di harap dgn kejayaan pasukan ini, dpt menarik lebeh byk penaja utk menaja pasukan ini.

penaja2 sebelum ini terdiri daripada beberapa IKS2 tempatan, antara nya :
warung kopi mak long teh.
kedai basikal wong.
kedai burung ah peng
dan kelab kebudayaan kedah (apadaa kebudayaan pon nk taja ka)

star pasukan ini. sedang berlatih bersama rakan sepasukan

mungkinkah pelapis baru skuad badminton negara sudah ditemui????

*sebenarnya post neh aku nk habaq, aku main badminton antara aktiviti cuti sem neh. lama gila xmain. yg pjg2 tuh merapu ja. haha*


Monday, December 8, 2008

raya si labu labi di astro megadrama *apa neh tajuk mcm tahi*

masjid kesayangan ku

raya haji kat kedah kurang sket lah kalo nk banding ngan kelantan n terengganu
pastuh aku bngun pon pukul 3 lebeh dh (semalam balik pkul 5, tido 7)
*sembahyang xpegi tp sunat kan*
plus aku ada alasan
haaaa..
alasan aku adalah:
aku takut masjid full
so aku bg ja lah org yg xpernah g masjid tuh, amik alih
mulia kan aku??
ahhahaha

pastuh pegi aku p umah pak ngah aku. makan bihun sup *aku xsuka pon. tp mak aku xmasak. lapaq terok2. perot aku dh berirama metal dh*
sambil makan aku tgk lah labu labi versi baru arahan adlin.
meskipun *acewahh ayat* dh tau dia punya storyline, gigih gak nk tgk
tajuk dia ada sonata lak : teringat hazami mula2 femes dgn lagu sonata musim salju tuh.
time tuh xnak tnjuk muka konon. konon2 nk surprise. skali tunjuk muka, mmg surprise!!!!! pwkaopkwapkaowkow
eyh melalut. dh kembali kepada sonata labu labi.

inspirasi P. Ramlee : sonata cerita labu labi yg di olah semula oleh adlin aman ramli serious lawak
hahah
nabil pandai juga blakon weh
lawak2

tp aku nk mengomen sket *mcm bagus aku nk komen* (biaq p kat aku ah. blog aku kan.
kenapa dialog dia xpakai ayat2 masa kini (cth : YO, wassup *haha gila hip hop haktuih)

pastuh watak haji bakhil tuh serious almost nk sama.
bagus2 pilihan yg tepat. hehehe

plus

korang dh tgk iklan astro megadrama?
iklan neh best gila kan.
hahha
lawak pon ada
budak tuh comeyyy woooo
tp kawan mega tuh bangang ahhh
yg dok cerita tuh la budak kecik yg di maksud kan *agak cliche di situ ya tuan2 dan puan2*

selamat menonton

Friday, December 5, 2008

tok dukun buat ramalan


td. utk kesekian kalinya aku lepak kat umah smbil tgk tv (lama gila xtgk tv)
so aku tekan2 remote control tgk info. last skali aku tgk TV3 ada MUZIK-MUZIK separuh akhir kategori BALADA.
aku agak terkejut lah, xkan dh separuh akhir, mcm semalam ja lagu estranged tuh mng yaaa.
plus skrg aku dh xbrapa nk layan benda2 mcm neh, sbb TUT TUT TUT

finalist dia kira ok lah (aku rasa very stiff competition):

1-ayu OIAM - hanya di mercu (mungkin nama betol lagu neh hanya mercun - lagu khas kempen xnak main mercun)
2-anuar zain - teman terulung (nama ori nya teman tergulung -sbb bapak bosan lagu neh mcm tahi ja)
3-faizal tahir - sampai syurga & cuba (dua buah lagu, kira ok lah tuh)
4-6ixth sense - tanpamu
5- dina - sejauh ini
6-ziana zain - dingin (pakai la air-cond woi)
7-spider - bila nak saksi (lagu tema badan kehakiman malaysia. ya lah, nk naik court mestilah kena ada saksi kan) haha
8-dafi - bila terasa rindu (mungkin tajuk asal dia bila terasa hindu - baju mcm hindu ja aku tgk)
9-nubhan - ada utkmu
10-bob - cinta terhalang (tajuk lawak gila kan) haha
11-aizat -lagu kita (sapa nk buat lagu ngan ang?)

so aku selaku juri yg xprofessional pun mulalah meramal dan mem-bajet
neh apa yg aku
bajet nk masuk final dan sbbnya :

1-ayu (agu neh best plus vokal)
2-faizal tahir (aku bajet sampai syurga masuk. sbb lagu neh best gak ah. tah. mcm best lagu neh. tp bila aku dgr lagu cuba. lirik lagu cuba lagi best, so aku dh konpius)
3-ziana zain (aku xpenah dgr lagu nh, tp come on people. ZIANA ZAIN kan, xmasuk final mcm kurang seri*bukan seri nor nadiah dmc 5b yaa* lah pulak)
4-dina (vokal dina mantap, so aku rasa this year mesti layak p final, plus lagu neh best. lagipun kesian dia, cuba banyak tahun dh xmasuk2 final juga)
5-aizat (lagu best, aku rasa peluang dia 50-50)

and the result are :

1-ayu (hanya di mercu)
2-faizal tahir (sampai syurga
3-faizal tahir (cuba)
4-aizat (lagu kita)
5-spider (bila nak saksi)

ok lah. ada yg terperanjat. ada yg x. 1 ja aku xpuas ati. kenapa lagu spider? kenapa? kenapa? kenapa?
hahaha

pastuh aku dok sebok2 lagi buat ramalan aku (biaq kat aku ah nk buat ramalan ka, buka agensi nombor ramalan ka) yg bakal jd juara kategori neh dan sebab2nya:

1-sampai syurga (sgt best. haha)
2-ayu (lagu neh kan ala2 winning song. lagu konon2 kita berada di puncak. sejarah menunjukkan lagu2 mcm neh akan mng. cth lagu JAC GEMILANG.)
3-cuba (lirik dia sgt best. tp tah lah. 50-50)
4-lagu kita (aku suka lagu dia. lirik tah la, mcm kurang ja)
5-bila nak saksi. (aku xsuka. dah p blah. syuh syuh syuh)

so anda bajet sapa yg nak menang??

pls jgn comment :
1-sorry, aku xlyn lagu malaysia (wtf gila bapak blagak)
2-muzik-muzik? apa tuh. apa kelas layan muzik-muzik. (p mati nk blagak apa??)

Tuesday, December 2, 2008

percutian HOT takie (tajuk ala2 majalah URTV)

aku bengang lah. aku tau lah aku public figure pon.
xkan la sampai time aku nk berehat n have fun pon xda kan.
aku sebenarnya bengang sbb, neh gambar2 yg paparazi sempat amik, time aku bercuti dekat hawaii. (nasib baik aku sempat rampas camera diorg, kalo x masuk E! ah neh)
pls lah weh
aku manusia biasa gak (walaupon aku bintang paling malap lapan belas tahun berturut2)
tp tolong lah bg space utk kehidupan sosial aku.

wondering why "HUTAN KAMPUNG" pelik lah hawaii neh (btw hutan kg tuh, kg aku lah)

neh antara detik-detik indah yg sempat dirakam kan lensa kamera paparazi :

barang kali bodyguard aku sedang fikir kan tentang aspek keselamatan aku

aksi gagah dr TAKIE (kalo buka baju badan ketul2 neh)

suasana hawaii. so fookinnnn cool!

hahaha. kalo korang perasan. mamat neh naik benda neh senget! hahahahah. (btw dia salah sorang body guard aku)

selamat aku sempat rampas camera paparazi. kalo xmesti dh tersebar percutian hot aku neh.

haha dh! STOP merapu! neh bnda sebenarnya yg berlaku!
sebenarnya neh sebahagian drpd aktiviti time cuti aku.
aku berkayak kat bandar darulaman (30 minit dr umah aku) *aku slalu men kayak kat sini*
aku pegi dgn geng2 squarda aku
kayak neh harga dia rm3 (kalo aku artis mesti free kan) haha
tmpat neh agak cun lah weh.

agak cun kan permandangan tempat neh

neh ada sket tips utk anda yg nk pegi tempat neh :
1- pegi awal (after pkul 6 sah FULL)
2- jgn pegi weekend (weekend neh port mat rempit n kereta, kalo bawa awex lagi bahaya)
3 - pegi pakai biasa2 dh la (nk cantik2 buat apa, nk pegi main air ja pon)

antara benda yg boleh buat kat sini :
1 - jogging. cantik weh. masuk dalam ladang getah (sapa nk buat projek pon ok)
2 - naik kereta ala2 kat pdg golf (sapa teringin nk naik boleh ah)
3 - main layang-layang (layang-layang ada dijual, tp mahal nk mampus)
4 - main keta kontrol ( sapa yg xda, tgk ja lah)

kedah welcomes YOU *ayat ala2 JOM PEGI MELANCONG!

and pada yg lain2,
bersukan lah sebelom anda di bersukan kan.

p/s : entry neh di dedicated kan khas buat kawan-kawan yg rasa cuti neh bosan :
1-rick chill weh sempat lagi nk have fun! go go go. mai mai mai kedah
2-shezz kalo nk kurus mai la joging kat sini. agagagaggaga *faiz pon boleh


Monday, December 1, 2008

awan dania = attention pls?



ok.
neh berdasarkan apa yg aku tau lah.
aku rasa kisah awan dania neh mcm nk sama ja ngan attention please.
xda la smpai tahap nk smpai semua. tp HAMPIR lah

sapa penonton setia???
boleh tlg bg komen?? (tp syaratnya korang kena tgk dulu lah attention please)