Wednesday, November 25, 2009

1.1

teringat kata-kata bekas Penolong Kanan aku dulu, Encik Turin Ahmad
dia juga mengajar aku Math.
Can u imagine PK ajar math? WOW. hahah

ada tiga jenis golongan pelajar dalam dunia ini :

1- yang belajar sungguh-sungguh / suka boleh lah, sket-sket
juga dikenali sbgai : ulaq buku / book smart

2- yang main sungguh-sunguh / belajar pon mcm tak belajar sangat laaa

juga dikenali sebagai :taik tidoq dalam kelas / asyik lep kelas / street smart

3- belajar malas / bersukan pon malas.
juga dikenali sbgai : takdak data diperolehi. kewujudan tak dirasai. haha

tapi suka di ingatkan
tak semesti nya jika anda di golongan 1, anda confirm masuk U, dapat keja hebat, kawen 4, duduk banglo/ keta 12 biji dan sbgainya

dan tak semestinya jika anda di golongan 2 dan 3, tak boleh jd doktor dan sbgai nya.

oleh itu,
kita kenalah sentiasa berusaha memperbaiki diri kita.
jika berada di landasan yang betul,
kekalkan momentum anda.
dan JANGAN LAH BELAGAK PERASAN BAGUS! PEGI MATI LAH *ini lah tujuan utk entry ini wujud, nak maki org sat*


so soalan aku pada anda : DI GOLONGAN MANAKAH ANDA RASA ANDA BERADA SEKARANG?

Tuesday, November 24, 2009

bowink!

MULA-MULA FILEM INI


aku rasa, filem ini bakal ikut jejak langkah Harry Potter. mula WOW, kemudian WEW.


LEPAS TUH FILEM INI

oh, best nya kiamat boleh selamat! *aku tak tgk, org ja cakap*

KEMUDIAN BELIAU INI PULAK

tak dinafikan, anda mmg cute mcm shezz, cantik mcm shezz, cool mcm shezz,
tapi bila muka anda dimana2, anda ibarat M.Nasir ja. Hhaha (ok lah tuh, m. nasir popular apa!)


kesimpulan nya : mereka semua ini OVERRATED bagi saya.

Sunday, November 22, 2009

pelepak lapar penyepak

topik top setiap kali aku lepak.

1-zaman sekolah.
time neh lah nak cerita, menyesal tak blajar sungguh2 lah,
kutuk cikgu add math ajar mcm aram sampai dapat 7 lah
puji sekolah kita lagi best dari sekolah kawan lah,
cerita pasal kawan yang sembang mcm BOM dan macam2 lagi.

2-sukan
unsur ini perlu diselitkan lagi agar suasana melepak itu menjadi lebeh maskulin
sebarang bentuk sukan xpa, janji tau.

3-pasal hiburan
kalo kebetulan time tuh TV tgh LIVE MYSTARZLG *sbgai contoh lahh
memang mampus kena kutuk kaw kaw
cth nya : "alah, muka mcm neh buat album pon xda orang nak beli, bagi free, aku buang gak" hahah
cth kedua - kutuk penyanyi yang nyayi lagu Bencinta mcm uhuigfgsbwfiugvsigbu
*cuba teka siapa dia?* haha

4-kutuk orang yang buat lux**, mlm apa jadah tuh.
perlukah bawa beg, laptop, file dan sbgai nya melakukan urusan bisness di tempat lepak?
datang pon naik moto, mcm mana nak yakin kan orang join?
hahaha

5- kutuk rakan sendiri.
awas jika anda hitam. anda akan menjadi bakal kutukan
ini bukan untuk mat katek atau pakcop atau matdewa ok.
hahahaha.
juga turut menerima kutukan sepanjang zaman ialah SAPA YANG BIJAK BAGI EX-AWEX PINJAM DUIT
tapi awex xmau bayar balik. hahaha

6-cerita pasal U
cerita ang blakon sana, blakon sini
cerita time assignment ang jumpa orang tuu orang ni
cerita yang ang pemalas p kelas but still got a good grade
dan macam2 lagi.
sembang semua nak up, tapi aku yakin semua nya jujur.

nanti aku sambung.

Saturday, November 21, 2009

kawen cerai kawen

sapa kata kawen senang??
susah wooo
semua nak fikir, dan terpaksa puas kan hati semua orang
makanan xsedap, nanti makcik bedah blkg taman ngumpat pulak
kerusi tak cukup, nanti cik mah kata apa plak
pelamin buruk, nanti kena kata takdak taste plak.

so ini berdasarkan pengalaman aku
p makan kenduri umah orang.



disini ada beberapa elemen yang boleh anda pertimbangkan


VENUE :
1- umah
yang best nya : feel tuh lagi best. ramai sanak saudara dapat datang.
yang hampeh nya : BORING! outdated. common sgt.

2- dewan sekolah / orang ramai
yang shiok nya : besar. jimat duit dan masa *xpayah cat umah baru lah, buat langsir baru lah, beli perabot lah dan mcm2 lagi.
yang mcm taik nya : org makan, terus blah, gila xda feel!

3- hotel
yang bagus nya : org dgr buat dekat hotel ja "WOW" "KAYA"
yang tak bagusnya : sikit orang ja boleh datang. mahai lak tuh.

MAKANAN

paling penting. tak sedap / lauk tak cukup, mmg sah2 kena kutuk. haha!
1- makan secara hidang
yakni orang2 kampung atau taman, masak ramai2, pastuh hidang kan ramai2
yang cool nya pakai cara neh, akan jimat duit plus semangat gotong royong.
yang takbest nya, xdak orang nak buat keja. semua lepas makan, BLAH. tunggu buat apa lagi.

2-caterer
yang neh, bayar ja, semua diorg buat
yang bagus, senang. tak payah pikir byk.
yang kurang molek nya, masak tak sedap ka apa ka, macam diorg kisah, bukan kenduri diorg. haha

BUNGA TELUR ka DOOR GIFT??


bunga telur,
mcm dah tak relevan ja dan membazir ja
beli mahai2 org buang.

paper bag,
beli 1 paper bag,
letak lah kuih ka, tuala good morning ka
apa ka
nak buang? rugi ah!

KAD KAWEN

kad kawen bagi 1st impression wooo
1- kad kawen pakai kertas A4, photostat byk2
bagus : jimat duit, cepat. ang nak buang ka, nak buat balut nasik lemak ka, sapa kisah
kurang bagus : boring~

2-kad kawen beli kat siam nuu yang ada shining2 wangi2 warna warni
bagus : standard skrg ah
xbgus : aku pon tatau apa tak bagus
hahahahaha

3- kad beli sampai ke Indon / tempah khas
yang jenis mcm kad raya yang ada riben lah apa bagai.
bagus : tunjuk kata ang kaya raya
yang tak bagus : ang nak membazir buat apa? bukan ada org simpan pon kad ang tuh!


so aku malas cakap banyak
mcm aku expert ja dalam bidang kawen neh
hahaha

nak kawen?
plan betul2
buat apa yang anda nak
tak payah ikot orang sangat
orang nak kata apa lantak lah
mcm lah kenduri ang best sangat
boooooooo


*support pak long aku*

Thursday, November 19, 2009

mcm uiahgwidiwe

bila benda yang kita nak sgt
tapi xdapat support
mcm neh lah perasaan nya
uihdwfdiuwefgewqfguwq

Wednesday, November 18, 2009

tak puas hati

sorry lah if entry neh agak biadap atau apa2 yang membuat kan anda terasa.
sumpah kes ini takdak kaitan ngan anda semua.
kalo ada terasa sorry.
cuma aku sedikit emo memikir kan situasi begini sering menghantui hidup aku.

pernah tak anda berfikir ;

anak org kaya,
malas belajar, masalah social
tapi still kaya. pastuh hensem / cantik, ramai bf and gf

anak org sedang2 sahaja
rajin belajar, baik sopan santun
tapi susah. xda lah hensem sangat. kdg2 mcm loser ja nmpak.

kenapa ini terjadi?
sumpah aku memikirkan hal neh dah lama

kawan aku cakap semua nya terletak pada REZEKI. lambat laun akan tiba juga time kita. cuma kena sabar.

pastuh aku ingat lagi, orang tua2 kata,
pelajaran yang mampu mengubah taraf hidup seseorg
betul lah kot
anak org kaya. malas belajar,masuk private. senang cerita.
yang org susah, belom tentu dapat masuk U, walaupon bijak

bukan nak mempersoalkan ketentuan-Nya, cuma terfikir.

hanya ayat ini buat aku berfikir kembali

"Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang hambanya kecuali ia bangkit berusaha mengubahnya sendiri."

bodoh english.

apa beza LIKE and LOVE?

sama!

aku plan nak buat post pasal classmates aku

tapi faiz dgn hans dah buat dulu.
mcm mana?